Wednesday, November 28, 2012

Kuala Lumpur to Boracay Island, Phililpine

Boracay sangat best... memang berbaloi.. banyak aktiviti boleh buat... tapi tula perjalanan dari kl-boracay amik masa sehari.. nk pergi boracay kene naik 2 flight.. jarak antara 2 flight tu better jangan rapat sangat, takut ada yang flight ter'delay' or awal.. naya kalau terlepas...cam kiteorangnye flight ritu, kl-clark kul 8.30 mlm sampai clark 12.30 tgh mlm. then tido or lepak kat airport clark, tunggu next flight pukul 7 pagi. clark-kalibo. kul 8 pg sampai airport kalibo.. dari kalibo amik package "bas+boat+semua fee dkt jetty (environmetal fee dan lain2 xingat dh)" (southwest Php450 sorang). bas amik masa 2 jam perjalanan, boat dlm 20min kot... then dari jetty amik tricycle ke hotel/resort harga fix dlm Php100 (naikla sampai 5/6 orang). Resort kiteorang kat boracay lak amik "la carmela de boracay". cantek, best, murah and sangat dekat dgn pantai..

Masa balik pulak kiteorang start kuar dr resort pukul 3 ptg, sama gak naik tricycle (Php100), then boat (Php100 sorang). dari jetty kiteorang amik van nk ke hotel kat kalibo harga (Php200 sorang). kiteorang stay hotel marzon (sgt cantek, murah, dkt dgn airport kalibo) sbb flight kalibo-clark pukul 8 pg esoknye. sampai clark dlm kul  9pg, kiteorang kuar g jln lepak kat "SM Mall" sbb flight clark-kl kul 4.30 ptg.. jln2 naik jeepney dlm Php50 sorang. "SM Mall" ni dekat je ngn airport, dlm 15-20 min kot.

** Kat clark airport nanti ada nak kene bayar fee (ke kailbo - Php150, ke kl - Php450).
** Sana mlm sangat awal, kul 6 ptg mcm pukul 8/9 mlm...
** Boleh view live camera dari boracay kat sini - Live Boracay

Kat boracay pulak, kiteorang amik pakej "island hopping+snorkeling+mask+snorkel+helmet diving" Php3000 sorang untuk 3/4 jam nye aktiviti. pastu kiteorang naik "yacht sailing" dlm Php700 satu kapal untuk sejam.. naikla 4/6 orang. rambut sape panjang watla "hair braid" dalam Php140-200 sekepala. sejam gak dia dandan, depend kepanjangan rambut. Untuk any aktiviti, please nego first before agreed. Tp jgnla mintak murah sangat kesian lak kat dorang nanti.. orang kate station 1, 2, 3 macam jauh je, for me sume tu sepanjang pantai.. jalan2 xsedar pun sbb pantai dan air sangat cantek + byk kedai jual2 sepanjang jalan.. so xkesahla duk hotel mana, asalkan beach front betul2 tepi pantai.. kalau bertuah, ada la fire dance mlm2 dibuat kat mane2 kedai mkn or pub. Dorang ni xder specific tempat wat persembahan, so payah sikit la nk cari.

Makan lak kiteorang makan seafood grill. McDonald dorang halal, kate org muslim sane.. try menu spaghetti+ayam goreng.. superb..

Shopping lak ada 2 tempat utama, dMall dan dTalipapa.. dia macam lorong2 kedai, sepanjang jalan tu ada mcm2 kedai..

4 comments:

waNiEsYa said...

fuhhhh memang padatttt!...semua dalam sekaligus...for 4days 3night nya citer...good job! *wink2

aSh aBd Rahman said...

5 days 4 night la.. sendiri pegi, sendiri xingat... :p...

Cik ReeN said...

Ash , kosting semua bape?

aSh aBd Rahman said...

alamak, xbuat lg.. yg pasti, ash g berdua, dedua total bawak duit Php19000 (RM 1450). bile balik baki ada Php2000. hotel+flight x termasuk..