Friday, February 19, 2010

Percy Jackson & The Lightning Thief

Ape kebest sangat ke cite ni.. tgk review mmg the BOOM.. wa suke.. tp xtaula kan.. sesejak kene tipu ngn DR PARNASUS, aku xbrani nk riak suke xtentu pasal.. read of some review dulu then baru decide either nk g tgk ke x..

pegomen pertama
Dari segi efek 3G dan CGI,memang tak dinafikan tidak mengecewakan.Nampak banyak juga unsur-unsur dari cite Harry Potter yang diselitkan dalam filem ini.Antara yang paling ketara ialah kasut terbang si Percy Jackson dengan bola emas Quidittich si Harry Potter. Jalan cite agak mudah difahami.Standard filem-filem Disney.Namun begitu terdapat kelonggaran plot yang kalo diperbaiki boleh jadi sebest Lord of The Ring tapi kena tambah sejam lagi waktu tayangan. Penalaan muzik memang hancur.Haram jadah apa guna lagu Lady Gaga.Tak style la macam cite Transformers dan Angels & Demons. Sinematografi pun takde la seni sangat. Eh sesedap hati aku jer komen benda yang aku tak tahu kan?Hahaha... Bagi aku,cite nie tak sampai tahap wajib tonton la.Kalo korang minat cite Harry Potter,High School Musical,Camp Rock...pegi la tengok cite nie. Aku bagi 3 bintang dari 5 itupun sebab heroin dia boleh tahan mata cantik sampai tak sedar tercakap "Wow!"

pegomen kedua
Perjalanan filem ini tidak ubah seperti filem Harry Potter. Antara contoh yang dapat dilihat ialah hero lelaki yang diapit bersama sidekick lelaki dan perempuan dimana filem Harry Potter pun begitu dan juga perjalanan Jackson dari permulaan life dia sehingga mengentahui yang dia merupakan anak kepada dewa. Adventure ketiga – tiga remaja ini juga hampir sama dengan adventure Harry dan rakan – rakannya dalam filem Harry Potter dimana disetiap perhentian yang mereka singgah disitu mereka akan bertempur dengan raksasa atau makhluk jahat. Mungkin disebabkan pengalaman beliau mengarah filem Harry Potter yang menyebabkan perjalanan filem ini jadi sebegitu. Namun secara keseluruhannya cerita ini memang menarik untuk ditonton. Penggembaraan Jackson dan rakan – rakannya dalam melaksanakan misi dan ditambah pula mitos Greek yang bercampur dengan budaya moden masyarakat Amerika berjaya membuatkan penonton untuk tidak mengalihkan kepala walaupun sesaat. Dan semasa anda menonton filem ini nanti, anda mungkin tidak akan menyangka yang pintu masuk ke Neraka terletak di belakang Signboard Hollywood dan pintu ke Olympus berada di menara Empire State bukannya di Greek! Tapi itu lah fantasi yang cuba dibawa oleh pengarah filem ini bagi memastikan ia tidak bosan untuk ditonton. P/s: Sequal Filem ini bakal dikeluarkan pada tahun 2011 @ 2012 iaitu filem Percy Jackson & The Olympians: The Sea of Monster

2 comments:

noin said...

best la ash cite ni. siyes! kite da tgk da aritu~ ^__^

aSh said...

wah.. komen yg memberansangkan... keh.. kompem ash g tgk cite ni.. huhu